Bear In Your Mind

He knows the best for us.
Always have faith in Allah.

Thursday, August 30, 2012

MERDEKA 55

Salam Syawal! Salam Satu Malaysia!! bhahahaha. Sedikit patriotik di situ.

Memandangkan bulan ni bulan 8,(dah 30 Ogos dah pun), which means bulan kemerdekaan, aku decide nak ceritakan perihal aku zaman kecik2 dulu sambut merdeka. Aku bukan bercerita hot2 pasal merdeka ni sbb nak buang tebiat.Cuma nak mengimbau kembali zaman muda2 dulu..ceewaaahh..mudaa...

Dulu waktu aku kecik, mana ada mcm skrg ni.. Budak2 sekarang semua dah maju.

- Budak2 dulu bawak basikal dgn bangganya keliling kampung sbb nak tunjuk bendera yang diikat guna tali tambat lembu tapi budak2 sekarang siap tanya lagi bendera Malaysia nama apa. 

- Budak2 dulu kalau pegi sekolah time sambutan kemerdekaan tak bwk Jalur Gemilang sanggup pulak beli yg paper punya Jalur Gemilang..asalkan tak tertinggal kemeriahan sambutan kemerdekaan tapi budak2 sekarang siap guna duit mak bapak bg suruh bli bendera tu untuk beli ‘kad topup’ kat kedai.

- Budak2 dulu bila nyanyi lagu Negaraku, siap bukak mulut luas2 menyanyi penuh semangat sbb nk lwn dgn kwn siapa lg semangat tapi budak2 sekarang kalau boleh, nak skip sambutan kemerdekaan tu.

- Budak2 dulu pg2 kena baca rukun negara bg ada semangat. Budak2 skrg, rukun negara pun gagap..

- Budak2 dulu ada kawan nama Lingam, Ah Chong, Ali atau mungkin Sokit.. Ada kawan bukak kedai makan, jual surat khabar, bukak kedai runcit, tanam jagung, tanam getah atau anak pegawai daerah.. Tapi budak2 skrg.. Byk yg pilih kawan.. Tu Ali anak kpd Ahmad kampung sebelah.. taknak la kawan.. Dia budak kampung.. Tu Ah Chong, anak uncle Seng yg tanam jagung.. Tak nak la kawan sbb dia tak ada iPad.. Tu anak uncle Ravi.. Lingam nama dia.. taknak la kawan dgn dia.. Dia tak ada kereta.. 

~~ehh.. boleh pulak mcm tu,kan? Mana pergi kasih kita kepada perpaduan?

 Mana lagi kita nak cari pengalaman masa lalu? Mana lagi kita nak cari semangat macam dulu? Mana lagi kita nak rasa meremang bulu roma menyanyikan lagu Negaraku? Mana lagi kita nak beramai2 konvoi merdeka naik basikal dari satu taman/kampung ke taman/kampung yg lain? Mana lagi kita nak merasa bangga melihat pokok perpaduan yg kita tanam atas bumi kita, Malaysia, membuahkan hasil? Mana lagi boleh dicari seseorang macam diri kita, rakyat Malaysia?

Berbanggalah. Kita adalah rakyat negara Malaysia yang berbilang bangsa. Mungkin esok, mungkin lusa, kita akan berubah. Namun bukan semangat kita. Biar semangat tu kekal di hati. Walau mati di kemudian hari, rasa bangga itu kekal tempatnya di hati ini.

Aku sendiri tak sangka. Budak yang dulu nakal, suka gigit orang, suka panjat tangki air macam aku ni dah membesar. Dah menghampiri 20-an. Tak lama lagi bakal menyambung pelajaran di IIUM Gombak, InsyaAllah.
 BACHELOR OF SCIENCE (ARCHITECTURAL STUDIES) (HONOURS) 

Semuanya syukur pada Allah, mentakdirkan aku lahir di bumi bertuah Malaysia. Aman dan harmoni. Berbilang kaum sama2 menaikkan nama negara. Mengurniakan aku keluarga dan teman2 yang baik. Menghadiahkan aku kesihatan dan kesejahteraan. Merahmati aku dengan nikmat2 kehidupan. Yang aku harap sebagai tambahan, adalah kemaafan dari kesalahan lalu dari semua yang aku kenal. Juga aku mohon doakan kejayaan bersama. Salam bulan kemerdekaan, Salam Syawal..

# p/s : harap memadai  :)


1 comment:

Mak anak enam said...

mak ngah pon tak sangka anak menakan yg buaih sgt ni da jadi ayu