Bear In Your Mind

He knows the best for us.
Always have faith in Allah.

Saturday, December 22, 2012

Permulaan untuk Sesuatu yang Baru, Mungkin?

Assalamualaikum. Ehem Ehem. Testing.

Dah lama tak sapu lantai blog ni. Dah berhabuk. Maaf lah. Mungkin sebab banyak benda yang terjadi. Mungkin jugak sebab terlalu sibuk. Almaklumlah. Masih mengejar duniawi. Ehem. Astaghfirullah. 

Banyak benda nak cerita sebenarnya. *tekan tekan jari bagi bunyi sambil buat gaya gangster nak menumbuk*

Cerita 1
Sebenarnya aku dah selamat masuk belajar kat IIUM Gombak pada 4 Sept. 2012. Alhamdulillah, dah nak habis semester satu dalam dua minggu lagi. Dan bertambah tambah lagi syukur sebab masih bertahan dalam B.Sc. Architectural Studies walaupun baru satu semester. Insya Allah bakal terus di jalan ni. Walaupun kadang kadang aku rasa aku tak mampu nak teruskan, tapi, atas sokongan keluarga dan kawan kawan, aku tetap berusaha. Mungkin dah memang rezeki aku sekarang dan di masa depan dalam bidang ni. Siapa tahu? *muka cute*

Cerita 2
Taaruf week kat IIUM. Yang ni aku paling rasa bersalah sampai sekarang. *muka lapaq penampaq*. Sepanjang taaruf week, ada saja mulut ni gatal nak komen sana sini. Sampai satu tahap, tudung yang komiti pakai pun aku komen. *Okfain. Ni memang asdfggfhhfjjgkhdj betul*. Maka, atas dasar perikemanusiaan, aku pun bertekad, bulan sembilan punya ambilan tahun depan, aku nak jadi komiti. Erk. *tampar diri sendiri*

Cerita 3 
Kehilangan. Mungkin ada yang dah tau dan mungkin jugak ada yang tak tau yang Abahwan dah selamat pulang menemui Maha Pencipta pada 18 November 2012. Agak susah sebenarnya nak terima tapi kematian tu satu kepastian. Ajal itu janji Allah. Arwah pada masa hidupnya kadang kadang berperangai agak sengal. Tetapi, kesengalan itu sebenarnya yang dirindui semua. *kesat air mata*. Dipermudahkan jalan pulang melihat jenazah arwah dari Gombak ke Kedah membuatkan aku sedar yang banyak nikmat yang telah aku dapat, tapi tidak disyukuri. Melihat jenazah arwah tersenyum membuatkan aku cemburu. Sekurang-kurangnya, arwah tidak perlu berdepan hari esok yang belum pasti. *nangis depan cermin sorang sorang*. 

Cerita 4
Rentetan dari kehilangan Abahwan selama-lamanya, aku berjanji dengan diri sendiri yang aku akan jaga Maktok sebaik mungkin. Aku dah janji dengan Maktok yang aku nak Maktok tinggal dengan aku nanti.  Insya Allah, aku akan berusaha tepati janji aku. Sampai sekarang, setiap kali aku call Maktok, dia akan tanya, "lama lagi ka? Bila nak habis study?". Dan sejujurnya, soalan tu yang membuatkan aku terus bertahan dalam IIUM. *bungkus diri dalam selimut**sambung nangis*

Cerita 5
Selepas Abahwan meninggal jugak, ada mulut mulut jahat macam qwrewftrtyutiryuioy orang kampung yang tak tahu cerita tapi nak buat cerita lepastu telah menyebabkan rasa sakit hati family aku. Terutamanya IBU. Boleh pulak difitnah kata Ibu ikut Abah jalan jalan kat Kuala Lumpur. Dan time adik aku beli nasi lemak hari selepas Abahwan meninggal tu, ada pulak yang bertanya kat adik aku,
        
        "Ibu pi mana masa atok takdak tu? Takkan tak nampak kata atok dah nak meninggal?".

Hai orang orang kampung, tidakkah kau tahu ajal tu rahsia Allah? Lancang benar mulutmu itu. Mahu dicili kah? =='

Cerita 6
Selepas sebulan Abahwan meninggal, semuanya berjalan seperti biasa. Hari portfolio untuk semester satu makin dekat. Sedar tak sedar, dah nak dekat final jugak. Aku akan balik Kedah 3Januari nanti. Ehem. Hari last exam dan hari tu jugaklah aku nak balik.


----Tu ja kot nak cerita. Nanti kalau ada cerita, aku berblog lagi. Tapinya aku rasa cukup dah kot untuk sekarang ni. Esok exam untuk subjek Study Circle 1 a.k.a Halaqah 1. Doakan kejayaan aku tau! :) ----

p/s: 
*Sedikit pencerahan bagi yang gelap masa depan sebab bertanya benda benda mengarut macam tu kat adik aku.*

---------->Halnya, malam 16 November, Abah nak ke Kajang sebab kena mengajar. Jam dah pukul 1. Abahwan masih di wad, dah sedar tapi tiada reaksi. Ibu rasa tak sedap hati dan Ibu suruh Abah naik kereta. Kalau ada apa apa jadi, senang nak balik katanya. *Ibu fikir, kalau ada apa apa jadi, senang nak balik. Tak payah naik bas, 6jam perjalanan dan senang nak ambik aku and Afzan*. Tapinya, pukul 1 dan Abah sorang sorang bawak kereta memang la bahaya. Jadi, Ibu, dengan kebenaran Maktok, Umi (kakak Ibu) dan Paksu (adik lelaki tunggal Ibu), ikut Abah ke Kajang dengan adik adik semua. 

---------->17 November, Ibu dan Abah terus melawat aku dan ajak aku ke Kajang. Tapi aku tolak sebab ada hal yang perlu diselesaikan.

---------->18 November, waktu rehat untuk kelas Dr. Spahic. Almaklumlah IIUM ni hujung minggu pun ada kelas. *baling buku*. Abah telefon. Berkali kali. Aku ingat lagi. "Abahwan dah takdak". Satu ayat tu macam tak logik. Aku tanya Abah, "Abah tipu kakak ka?". Abah kata, "Tak.". Waktu tu, aku rasa macam aku pulak nak hilang nyawa sebab terkejut. Lepastu aku balik Kedah. 'Perjalanan 140km/j' aku panggil. Sebab Abah bawak kereta macam errr. Sampai Kedah dalam 4 jam 30 minit. Alhamdulillah sempat tgk arwah Abahwan. 


Proud to be KAEDians. :)



1 comment:

Mak anak enam said...

sabaq ....tula yg dinamakan manusia