Bear In Your Mind

He knows the best for us.
Always have faith in Allah.

Monday, November 10, 2014

GeNexter Jamboree 2014

Assalamualaikum

Ehh. Hai! Lama dah rasanya tak post kat sini. Almaklumlah sedikit busy [acah acah busy actually]

Hahaha. Kali ni nak cerita pasai pengalaman chek join Genexter Carnival kat Putrajaya baru baru ni.


Credit to : thesundaily.my

Since dah lama sangat rasanya tak join aktiviti pengakap, aku start rasa rindu. Rindu nak jumpa kawan kawan, rindu suasana ramai ramai dan rindu nak sweet escape dari kerja design. And at last, dapat jugak peluang bila nampak satu program Jamboree sempena Genexter Carnival baru baru ni.

Mulanya, aku rasa risau jugak, takut takut clash dengan critic session ke apa. Tapi, bila check balik, alhamdulillah, tak dekat dekat dengan tarikh critic session. And I started to anticipate on this program! Start packing bagai and macam macam lagi lah!

Pagi Sabtu (8/11/2014) , terpaksa la bangun awal sebab 'bas' sepatutnya bertolak pukul 7.30 pagi. Tapi aherherher, banyak pulak halnya. Nasib baik barang khemah semua dah ambik hari sebelumnya. Ada yang tarik diri last minute and ada yang last minute baru bagitau kata nak naik kenderaan sendiri and ada jugak yang baru bagitau kata dah sampai sana hari Jumaat lagi! At last, only Abam Dreba, Kak Bibah and aku je yang naik 'bas' <------- sila baca bas persiaran berbentuk van

Set off around 745 pagi lebih lebih and sampai Putrajaya around 830 pagi sebab Abam Dreba guna jalan jauh entah mana mana je. Sampai ke tapak perkhemahan around 9 pagi since Abam Dreba acah acah sawit tak tahu jalan dalam Putrajaya. Tu pun sampai tapak khemah lepas beberapa kali sesat and akhirnya call our DC untuk direction.

Sampai saja kat sana, aku and kak Bibah serbu canopy makanan dulu sebab dari UIA tu kami tak sempat sarapan. Bertolak awal sangat katanya~~ Dan lepas makan, kami start bantu kawan kawan dari UIA jugak (yang dah sampai lebih awal) untuk isi semua goodies bag yang nak di distribute kepada peserta Jamboree.


Sambil bekerja sambil selfie

Camping ditengah Hutan Konkrit
Focus adik adik belakang. Jangan focus jerawat I! 
Asal Jamboree je muka dua orang ni! Kah kah kah

Maka, duduklah kami buat kerja tu sampai lebih kurang 3 petang.........

Settle isi goodies bag tu, lepak lepak kat canopy urusetia tu sampai la tiba tiba ada sikit ksedaran nak lepak kat masjid. And lepak la aku and kak Bibah kat masjid besi Putrajaya tu. Sempat la buat sketch satu sambil urus diri.

Sketch yang tak berapa nak jadi -____-

Lebih kurang lepas isyak, aku and kak Bibah balik semula ke tempat perkhemahan and lepas makan malam, kami sebelas orang dari UIA bergerak ke main stage yang kat depan Istana Kehakiman tu sebab ada program program yang dah diatur oleh penganjur.

Sampai kat kawasan main stage tu baru la dapat tau ada Yuna, Reshmonu, Transformers, cosplay semua. MC untuk malam tu pulak adalah Nabil and Neelofa! Except for some jokes from Nabil yang aku rasa tak sesuai, yang lain semuanya okay. Rate: 5/10

Eh!

Kak Bibah and her secret admirer

Cubaan selfie dengan Yuna gagal. Gambar pulak kena photobomb. Kbai
Oh! Sebelum terlupa, I met my father's cousin petang tu. Since aku tak berapa kenal sangat saudara mara belah Abah, so aku tak perasan selama ni kalau pegi program, ada pakcik aku sekali. Keh keh keh. Ceritanya, aku terjumpa business card pengakap dalam kereta aku and aku tanya Abah siapa punya card tu. Abah pun terangkan kat aku panjang lebar. And as always, aku mana nak ambil tau sangat. Lepas tanya DC betul ke pakcik tu punya card and DC ckp betul la tu orgnya and sembang sembang segala, rupanya betul. Sepupu Abah. Cumanya aku taktau mcm mana nak terang and at last perlukan bantuan Abah utk explain. Keh keh keh

Long lost uncle

Lepas menghabiskan masa kat program program tu, kami wefie dulu sedaih, then, baru la kami semua balik ke tapak perkhemahan. Time tu baru la nak fikir khemah kena pasang la apa la
 -__________-


Wefie Partner in Crime during Jamboree

Teman teman wefie

Our late night wefie

And lepas pasang khemah terus tido tak jaga sampai keesokkan harinya.

The next day (9/11/2014), lepas bangun dan berebut toilet dengan peserta Jamboree yang lain, aku dengan kak Bibah turunkan khemah when tiba tiba kak Tasha (one of the committee) mitak tolong taipkan nama peserta yang ribu raban tu.

*sila baca dengan nada "OMG I NEED TO RUN AWAY!!"*

Lepas taip 1/4 dari  nama nama tu, aku and kak Bibah decided we need a break! Nak jugak jalan jalan around tapak carnival tu.. Sobs! T.T

And we did! Tinggal jap semua nama tu and kami menjelajah tapak carnival. Dapat la tangkap gambar 'sekeping dua'. Banyak benda menarik sebenarnya tapi tak mampu la nak lepak lama lama. Panas! :'(

Bae <3

Bae kak Bibah jugak <3


Sempat lagi!

Tan Sri Shafie Salleh yang amat sporting!
Bukan selalu, kan?

Scout friends :)

And then we head to Subway. Makan makan and then head back to tapak khemah. Sampai di tapak khemah [lepas jalan jauh jauh] baru la dapat tahu yang semua peserta Jamboree yang dari KLKM (Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia) semua kena pegi dengar talk on GST yang akan dilaksanakan tahun depan. So, hm. Dengar je la. Walaupun aku ni tak mampu nak dengar talk lama lama! :3

Wefie sebelum talk start

Gambar senonoh sikit dari tadi :P

Treasury

Habis talk tu, kami bersepuluh balik ke tapak khemah and settle semua barang yang nak kemas kemas and lanun sikit beberapa kotak air sambil tunggu van datang ambil.

Around 5 pm lebih lebih, van pun sampai dengan keadaan pintu driver tak boleh tutup sebab accident. Nasib dua van yang datang. So, we chose the better one. And after susah payah angkat barang semua, semuanya selamat sampai ke UIA. And there goes trip to Genexter Jamboree in conjuction with Genexter Carnival by BAKTI and Persekutuan Pengakap Malaysia.

It is a pleasure to meet my friends from other KLKM and also the scout members, adik adik yang masih bersekolah. Seronok sebenarnya jumpa diorang ni. Full of scouting spirit. Keep it up adik adik! Till we meet again :*


Links:
Genexter Carnival on NTV7
Genexter Carnival on MALAYSIAN INSIDER
Genexter Carnival on ASTRO AWANI
Genexter Carnival on NST