Bear In Your Mind

He knows the best for us.
Always have faith in Allah.

Monday, June 30, 2014

Jalan jalan cuti semester #2 -Pulau Tinggi (Part 3)

Assalamualaikum

Hehe. Sorry for the late continuation for previous post. Been busy lately sebab join Penilaian Baden Powell Award. Banyak sangat benda nak kena prepare and Alhamdulillah, everything’s settled now

So, back to the main topic. Nak bercerita pasal Pulau Tinggi 3.0- third day and last day

----------***----------

Third day (13/6/2014)
Bangun pagi, siap siap cantik cantik pegi sarapan tapi lepas tu lepak tepi pantai. -_______-

Jangan terpedaya. Ini lighting effectsemata mata
*bajet tourist sebentar*
Harini mana ada apa nak buat dah. So, basically kami semua (aku, ibu, adik adik dan yang lain lain) lepak lepak main pantai. Lepas main pantai, terjun kolam pulak. Berendam seharian. Hm. Bau kerbau. Hm

Sebenarnya, lepak lepak tepi pantai, dekat jeti, dewan makan or mana mana pun, kami still dibekalkan dengan borang bancian untuk diedarkan kepada pelancong dan penduduk pulau ni. Walaupun nampak melepak sajo, tapi sebenarnya penat jugak. Tambah tambah kalau nak kena baca dan explain satu satu apa yang ditanya dalam borang tu

Pada pemerhatian aku, kebanyakan penduduk kampong di sini lemah kemahiran membaca. Dan kebanyakan makcik pakcik ni, bila diedarkan borang, cuba membaca tapi lepas gagal memahami apa yang cuba dibaca, depa mengelak menjawab borang tu. Jadi, secara kasar, setelah aku bersembang kejip kejip mata dengan makcik pakcik kat pulau ni, maka, aku pun buat rumusan yang kebanyakan mereka ni, belajar semata mata untuk survive dalam their local society dan bukan untuk go global

Makcik pakcik kat sini pandai mencongak. Seriously. Kalau rasa ragu ragu boleh la tempah bot pi Pulau Tinggi lawan congak dengan makcik pakcik ni :]

*makcik, pakcik, hail you masters*

Lepas makan tengah hari, aku dan bebudak kecik lain lepak tepi pantai lagi. Lepak saja tak jadi. Last last semua terjun mandi laut. Berendam berjam jam jugak la. Sampai tension kena lambung dengan ombak ni -_-
Then, agak dah geram sangat kat laut tu, terjun kolam pulak. Mandi kolam sampai petang. Lebih kurang nak masuk maghrib baru la semua terhegeh hegeh balik bilik. Semua sama. Besaq kecik semua sama T.T

*takkan mandi kolam pun nak letak gambar, kan?* >.<

Malamnya, sekali lagi Mak Su tak mengecewakan kami dengan masakan dia. Kaw kaw punya ikan baru tangkap dia masak. Isi putih betul. Erm. Tapi masalahnya aku tak tau tu ikan apa. Erm. Maaflah :3

Pemandangan petang yang tak pernah mengecewakan

Last day (14/6/2014)
Wake up in the morning just to get ready for a long journey. Ahaks. Tapi tak apa, harini kita balik naik bot. Teruja! --------------------padahal naik bot saja *___*

Siap siap barang dan lepas sarapan, semua dah get ready untuk balik ke Jeti Tanjung Leman sebelum memulakan perjalanan ke tempat lain pula. 

with Mak Su

10.12 pagi, kami semua bertolak dari Jeti Pulau Tinggi untuk ke Jeti Tanjung Leman dan kami sampai di Jeti Tanjung Leman sekitar jam 10.46 pagi. Ombak lambung mak aih boleh tahan ganas jugak. And Abah dah berani berdiri dalam bot. hahaha. Another achievement unlocked, Abah dah berani gulung rokok daun dia atas bot. Sebelum ni, duduk diam ja tak bergerak 
-_________-

Sampai di Jeti Tanjung Leman, Abah terjumpa bot kawan dia and lepas turun bot tu, dia terus mencari kawan dia kat jeti and they met and chat and entahapalagidepabuattaktau

Perbualan yang agak lama, and pukul 12.10 tengah hari, kami bertolak dari jeti Tanjung Leman menuju ke Gombak (sebab nak kena hantar aku ke UIAM Gombak untuk persediaan ke BP Award tu), sambil sambil tu, boleh la melawat adik aku yang baru masuk CFS IIUM Gombak untuk course Economics

Driver bas berhenti di RnR Pagoh so that everybody may have their late lunch and sambung perjalanan ke UIAM Gombak. Kami sampai di UIAM Gombak around 8.15 malam dan sempat la Ibu and Abah jumpa adik aku tu. Rasa legend gila naik bas UUM masuk sampai dalam UIAM sebab hantar aku. Ahaks

Bas UUM yang baik hati :*
Selepas hantar aku dan jumpa adik aku, they went back to Kedah. *leaving me behind for my preparation for BP Award. Sobs*

----------***----------

Alhamdulillah, everything went well for my preparation and evaluation. Semuanya dah selesai sekarang and time to focus back on my studies. Really hope that everything will be fine, InsyaAllah. May Allah ease

*p/s: Sorry sangat tak banyak gambar. Terlupa nak tangkap gambar banyak banyak L

Tuesday, June 17, 2014

Jalan jalan cuti semester #2 -Pulau Tinggi (Part 2)

Assalamualaikum

Haaa. Sambung balik cerita pasal trip to Pulau Tinggi, Johor.

Lepas 3 hari baru la rasa nak sambung blogging pasal trip to Pulau Tinggi ni. Sooooo Aidurrah :P

This post is mainly about the second day there and some works that I did there. So, mungkin la akan bosan dan syok sendiri [macam biasa]

Second day (12/6/2014)

Erm. Erm. Saja nak letak

Awal awal pagi lagi Abah dah kejut. Katanya, nak kena start bertolak ke pulau pulau di Taman Laut Pulau Tinggi ni awal sebab nak selesaikan semuanya cepat

Oh. Lupa. Sebenarnya, aku dan adik adik dah direkrut jadi pembanci untuk kutip data untuk research Abah dan kawan kawan dia. So, there’s no such thing as dudukdiamdiamkatpulautakbuatapa

Lepas sarapan dan dengar sedikit briefing dari Abah, plus pembahagian kumpulan semua, pukul 9.10 pagi baru la kami bertolak dari Jeti Pulau Tinggi ke Jeti Tanjung Balang, menaiki bot, sebab Abah suruh uncle Jafni bagi benda apantah *urusanorangtua* kat Tok Penghulu atau orang kampong sekitar Pulau Tinggi ni panggil Tok Mok. Perjalanan menaiki bot ni selama 12 minit saja

Settle semua benda, around pukul 9.22 pagi, kami pun bertolak la ke Pulau Sibu Tengah dan sampai lebih kurang jam 10.00 pagi. Pulau Sibu Tengah ni ada resort and as soon as we arrived, terus saja bagi borang bancian tu. So, tak sempat nak main main L Dan kebanyakan orang yang aku jumpa adalah dari Singapura dan datang ke Pulau Sibu dengan ahli keluarga warga Johor. Tak ramai orang sangat. And kat sini, ada rusa, burung merak dan beberapa haiwan lain yang dilepas bebas sekitar resort. Boleh bagi makan dan main main dengan rusa. Memang best la J

Selesai kerja, aku dan kumpulan naik bot [lagi] ke Pulau Sibu Besar. Perjalanan dari Pulau Sibu Tengah ke Pulau Sibu Besar mengambil masa lebih kurang 15 minit by boat. Tiga empat kali naik bot, nasib baik aku ni bukan jenis mabuk laut -_-

Pola kependudukan di Pulau Sibu Besar ni bertumpu di pesisir pantai. The same goes to every pulau dalam Taman Laut ni. Bilangan rumah kat sini tak banyak sangat. Ada masjid, sekolah klinik dan beberapa fasiliti lain. Berdasarkan pemerhatian aku, every house has its own store. Dan stor dia unik (bagi aku la) sebab comel comel semuanya. Hehe

Facilities

Stor cantik >.<
Kawasan kampung yang bersih (Y)
Every house has its own store


*kawan lima minit then bergaduh balik* -____-
"kalau Hanif kacau Yadi lagi, Allah bagi Hanif muntah lagi nanti," -Yadi to Hanif  :3
Susah jaga Hanif ni, semua dia kacau =='

Di Pulau Sibu Besar ni jugak ada Resort Sari Pacifica. Yang ni, aku tak pegi pun tapi group Abah buat data collecting kat kawasan berdekatan ni. Dan ada la beberapa gambar yang cantik yang aku dapat dari group Abah


Lepak lepak makan angin, pukul  1.40 petang, lepas semua dah kumpul, kami semua naik bot masing masing and went back to Pulau Tinggi. Dan sampai saja di Pulau Tinggi, Mak Su, makcik yang memasak kat resort tu, masak makanan tengah hari yang memang meletop plus plus plus <-----------promote TAd Marine Resort ni haa :P

Petang tu, Abah and his friends main bola tampar tepi pantai, Ibu enjoying her nap and sekali lagi, those kids (anak anak kawan kawan Abah) my siblings and me, mandi laut and then terjun kolam pulak. Berendam 4jam. Memang dah macam baby sitter dah -_-

 

*video saja suka suka letak*

But still, I’ve got great times with them. Dan sememangnya aku ni kalau bab bab laut dan kolam ni, memang tak dapat dipisahkan la. For me, I felt peace when I swim. And indeed, sea is the gift from Allah

Satu cerita yang aku dapat dari orang yang tinggal di kawasan resort ni, the main building resort ni terbakar and sedang dalam proses nak reconstruct. Then, baru la aku tau kenapa banyak sangat sisa sisa bangunan yang dirobohkan~~

Reconstruction

Malamnya, Abah and his friends buat kerja and us (the kids) berjimba cara masing masing (.__________.)






*beauty of sunset*

*p/s: Ehem. Aku ni, kalau dengan laut, kena lambung ombak macam mana pun, boleh lagi bertahan. Kalau di darat, kemain lagi gayat bagai. Kena kawin orang pulau agaknya  -_-

Saturday, June 14, 2014

Jalan jalan cuti semester #2 -Pulau Tinggi (Part 1)

Assalamualaikum

This post is about my trip to Pulau Tinggi Marine Park bersama sama dengan kumpulan researchers dari Universiti Utara Malaysia. So, kira kill two birds with one stone la (bantu Abah sambil bercuti)

I’l be dividing my 4 days 3 nights holiday trip here, in Pulau Tinggi into three parts (my view on taman laut and upon arrival, second day and some works, and third plus last day) , InsyaAllah and I’ll try to give as much information and first-hand experience as I can

----------***----------

Taman Laut; My Personal View

I’ve been studying in IIUM for about two years now. Sepanjang dua tahun ni, Abah selalu ke Putrajaya. Katanya, meeting di Kementerian Sumber Asli. Ada beberapa research tentang Marine Park atau Taman Laut, bawah kelolaan Jabatan Taman Laut, Kementerian Sumber Asli. I wasn’t very sure about this JTLM

But after some readings, I’ve came across a conclusion that this Jabatan Taman Laut Malaysia atau singkatannya JTLM, merupakan Jabatan yang bertanggungjawab memantau persekitaran di taman-taman laut di perairan Malaysia supaya dapat mengekalkan  dan memastikan kemandirian sumber asli negara selain membantu dalam pemeliharaan dan pemuliharaan habitat dan hidupan akuatik

Brace yourself, this is just my personal understanding on Marine Park, Jabatan Taman Laut Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar based on my readings

Ada lebih 42 pulau yang perairannya dipantau oleh Jabatan Taman Laut Malaysia. Dan semuanya cantik cantik belako T.T

Setakat sekarang, aku baru sempat ke Pulau Redang dan kali ni, di Pulau Tinggi. Tapi, Abah dah jelajah beberapa pulau Taman Laut ni. Ibu dan adik bongsu selalu ikut sekali. Then, selalu la depa dua ni hantaq gambaq mengundang marah sebab view taman taman laut ni sangatlah cantik. Serius ini bukan propa :3

And personally, I'd support the effort of preserving and conserving these marine treasure as it is a great gift from Allah S.W.T

*If you wish to get more information, I recommend you to refer to this page http://www.dmpm.nre.gov.my/index.php *



----------***----------

First day (11/6/2014)

[The day before]
My family and I have a hard time packing our stuff for four days stay sebab hari sebelumnya, Abah kata dia merajuk taknak buat research dah kalau UUM minta buat research pun. Sebab apa, tak dapat dikenalpasti. Tapi memang lawak, half an hour before bas sepatutnya datang ambil kami di depan rumah, Abah tiba tiba kata, “panggil adik semua suruh kemas beg. Kita pi Pulau Tinggi,”

Muahahahaha. Time tu rasa macam Abah ni memang nak troll orang ni -.-

Dari pagi lagi Ibu tanya nak ke Pulau Tinggi atau tak tapi Abah kata taknak. Tup tup, dia nak pulak. Kelam kabut semua kemas barang. Tapi bas UUM tu lambat juga sampainya. Haaaamek kau

But whatever, kami  bertolak ke Johor 10/6/2014, specifically, menuju ke Jeti Tanjung Leman.

Tanjung Leman to Pulau Tinggi

Perjalanan mengambil masa lebih kurang 17 jam dari Jitra, Kedah ke Jeti Tanjung Leman, Johor, 117km away from Bandar Johor Bahru ~(._.)~

[The day]

Dari Jeti Tanjung Leman ke Pulau Tinggi mengambil masa lebih kurang 45 minit. Selepas dilambung ombak bagai nak rak, kami sampai di TAd Marine Resort dengan dua bot (lebih kurang 20 orang termasuk family members of those reasearchers). Seronok naik bot kena lambung lambung ombak ni. Tapi ada la beberapa orang yang *hanyamampudiamdanberdoa*. Nasib tak ada yang muntah

Abah and friends



Alhamdulillah, lepas lepak lepak dan berjemur ala orang pulau, kami pun check in bilik and my first day here went by after mandi laut petang tu sambil tengok tengok budak-budak kecil anak depa yang buaihtapikiut :3

Upon arrival

Jeti di pulau

*Beach*

*Beach two*

*for more info about TAd Marine Resort, you may refer to http://www.tadmarineresort.com/ *

Wednesday, June 11, 2014

Jalan jalan cuti semester #1 - Cameron Highlands



Assalamualaikum
This time, I’m not going to post about hiking atau mandi air terjun. Since sekarang musim cuti sekolah and as for me, cuti semester, maka, memang tak la nak hiking

Before semester break started, Abah bagitahu yang dia akan bawa semua anak anak dia ke Cameron Highlands. Erm. Teruja la jugak nak ke Cameron Highlands sebenarnya. The last time we went was around three years ago. Waktu tu, masih di asasi UIA

This trip was not any better sebab sepanjang kat sana, Abah was so busy with his work. Huaaaa!!! :3

But during this trip to Cameron Highlands, we went to beberapa tempat kat atas tu yang Abah takmau bawa kami pegi. Muehehehehe

Kami bertolak dari rumah around pukul 10 membawa bersama adik aku yang akan mendaftar di asasi UIA. So, that was her last day at home before dia jadi student UIA ~(.___.~)

------***------

Day 1 (4/6/2014)
Perjalanan dari Jitra, Kedah ke Brinchang, Cameron Highlands mengambil masa lebih kurang 7 jam. We only stop at this one restaurant  at Simpang Pulai right after keluar tol Simpang Pulai. Makan tengah hari and yeah, kami naik ke Cameron Highlands melalui Simpang Pulai.

Nothing much. Cuma lepas check in di Star Regency apartment hotel, kami berjalan jalan di pasar malam Brinchang. Pheww banyak benda best. Buat aku rambang mata nak beli banyak benda. Tahan nafsu membeli ye, sister! And that night, we slept soundly sebab perjalanan jauh gituh -.-

Day 2 (5/6/2014)
Empat beradik :)

Pagi pagi lagi ibu dah ajak keluar. Nak pegi ladang teh katanya. So, aku pun bawa la ibu and adik adik jalan jalan cari ladang teh (without Abah because he was so busy). Lepas sesat sesat semua, sampai la kami ke ladang teh Cameron Valley. Hm. Lebih kurang 20 minutes juga la dari tapak pasar malam Brinchang. Tangkap tangkap gambar and minum teh sikit, and off we go to another tea plantation.


 


The next tea plantation was Boh Tea Centre, Boh & Fairlie Estates. Sebenarnya kami nak menuju ke ladang teh Boh di Sungei Palas tapi tersilap ke sini. Menurut pekerja di teashop kat ladang teh ni, Boh plantation ada di dua lokasi. Satu di Boh & Fairlie Estates, Habu (kilang teh lama) dan satu lagi di Boh Tea Plantation Factory and Teashop di Sungei Palas (baru)

Tea Centre
Makan makan bagi gemuk

Teashop :P

Kilang Teh 

Di kilang lama teh Boh, kami berkesempatan masuk ke dalam kilang and that was a very new experience for us. But before that, kami makan kek and have some tea yang memang sedapppppp!! [ Hm. Naik 5kg ] And then, we went back to the hotel sebab Abah dah bising suruh balik makan tengah hari. [ Naik lagi 2kg ]
After lunch and solat semua, kami keluar balik and of course, without Abah along sebab dia sambung kerja balik -,-

We went to the Boh plantation in Sungei Palas. Entrance dia dekat Ee Feng Gu Bee Farm. Kalau tak focus mencari, memang terlepas la entrance dia. Sebelum ke Boh Teashop dalam tu, ada satu lagi lorong ke Gunung Brinchang. Seems inviting~~~~

Dan after merayu kat Ibu nak naik atas tu, Ibu pun kata okay. But kena pegi Boh Teashop dulu. Yeayyyy!!! Gembira la si driver iniiiiii~~

Aireen yo!
Acah acah cun >.<

*asdfghjkl*

Boh Teashop at Sungei Palas

Lepas makan kek [lagi] dan minum teh [lagi], kami pun menuju ke Gunung Brinchang. Lahai, mencabar betul jalan dia :3
*stop tengah jalan tangkap gambar*

Afzan and Adriani 

Sampai di pertengahan jalan, ada satu strawberry farm. So, lepak situ jap. Lepas pick some strawberries, Ibu decided that kami perlu balik hotel sebab dah lewat. So, tak naik la sampai Gunung Brinchang tuuuuuu T.T
*qwertyuiop*

Brader kat ladang strawberry punya idea -..-

Girls day out :P
And we went back to hotel. Malam tu, round round pasar malam Brinchang lagi and I’ve got new bantal strawberry! HAHAHA

Day 3 (6/4/2014)
Last day. Abah finished his work the day before and we packed and ready to go to Petaling Jaya sebab adik perlu register di IIUM Centre for Foundation Studies di PJ the next day. Bertolak dari Brinchang pukul 11 dan singgah di Gombak ambil Rara, tukar tayar and sampai di PJ around 8 malam.

------***------


Jalan jalan berpandukan 2 maps ni sebab tak ada signal GPS ==

------***------

That’s all the story of this trip to Cameron Highlands. Bosan gila cara aku cerita. Haha. And adik pun selamat mendaftar di CFS IIUM untuk asasi ekonomi keesokkan harinya. Sorang lagi jejak kaki ke UIA. Hehe

*p/s: Sorry, this post memang syok sendiri :P