Bear In Your Mind

He knows the best for us.
Always have faith in Allah.

Saturday, December 22, 2012

Permulaan untuk Sesuatu yang Baru, Mungkin?

Assalamualaikum. Ehem Ehem. Testing.

Dah lama tak sapu lantai blog ni. Dah berhabuk. Maaf lah. Mungkin sebab banyak benda yang terjadi. Mungkin jugak sebab terlalu sibuk. Almaklumlah. Masih mengejar duniawi. Ehem. Astaghfirullah. 

Banyak benda nak cerita sebenarnya. *tekan tekan jari bagi bunyi sambil buat gaya gangster nak menumbuk*

Cerita 1
Sebenarnya aku dah selamat masuk belajar kat IIUM Gombak pada 4 Sept. 2012. Alhamdulillah, dah nak habis semester satu dalam dua minggu lagi. Dan bertambah tambah lagi syukur sebab masih bertahan dalam B.Sc. Architectural Studies walaupun baru satu semester. Insya Allah bakal terus di jalan ni. Walaupun kadang kadang aku rasa aku tak mampu nak teruskan, tapi, atas sokongan keluarga dan kawan kawan, aku tetap berusaha. Mungkin dah memang rezeki aku sekarang dan di masa depan dalam bidang ni. Siapa tahu? *muka cute*

Cerita 2
Taaruf week kat IIUM. Yang ni aku paling rasa bersalah sampai sekarang. *muka lapaq penampaq*. Sepanjang taaruf week, ada saja mulut ni gatal nak komen sana sini. Sampai satu tahap, tudung yang komiti pakai pun aku komen. *Okfain. Ni memang asdfggfhhfjjgkhdj betul*. Maka, atas dasar perikemanusiaan, aku pun bertekad, bulan sembilan punya ambilan tahun depan, aku nak jadi komiti. Erk. *tampar diri sendiri*

Cerita 3 
Kehilangan. Mungkin ada yang dah tau dan mungkin jugak ada yang tak tau yang Abahwan dah selamat pulang menemui Maha Pencipta pada 18 November 2012. Agak susah sebenarnya nak terima tapi kematian tu satu kepastian. Ajal itu janji Allah. Arwah pada masa hidupnya kadang kadang berperangai agak sengal. Tetapi, kesengalan itu sebenarnya yang dirindui semua. *kesat air mata*. Dipermudahkan jalan pulang melihat jenazah arwah dari Gombak ke Kedah membuatkan aku sedar yang banyak nikmat yang telah aku dapat, tapi tidak disyukuri. Melihat jenazah arwah tersenyum membuatkan aku cemburu. Sekurang-kurangnya, arwah tidak perlu berdepan hari esok yang belum pasti. *nangis depan cermin sorang sorang*. 

Cerita 4
Rentetan dari kehilangan Abahwan selama-lamanya, aku berjanji dengan diri sendiri yang aku akan jaga Maktok sebaik mungkin. Aku dah janji dengan Maktok yang aku nak Maktok tinggal dengan aku nanti.  Insya Allah, aku akan berusaha tepati janji aku. Sampai sekarang, setiap kali aku call Maktok, dia akan tanya, "lama lagi ka? Bila nak habis study?". Dan sejujurnya, soalan tu yang membuatkan aku terus bertahan dalam IIUM. *bungkus diri dalam selimut**sambung nangis*

Cerita 5
Selepas Abahwan meninggal jugak, ada mulut mulut jahat macam qwrewftrtyutiryuioy orang kampung yang tak tahu cerita tapi nak buat cerita lepastu telah menyebabkan rasa sakit hati family aku. Terutamanya IBU. Boleh pulak difitnah kata Ibu ikut Abah jalan jalan kat Kuala Lumpur. Dan time adik aku beli nasi lemak hari selepas Abahwan meninggal tu, ada pulak yang bertanya kat adik aku,
        
        "Ibu pi mana masa atok takdak tu? Takkan tak nampak kata atok dah nak meninggal?".

Hai orang orang kampung, tidakkah kau tahu ajal tu rahsia Allah? Lancang benar mulutmu itu. Mahu dicili kah? =='

Cerita 6
Selepas sebulan Abahwan meninggal, semuanya berjalan seperti biasa. Hari portfolio untuk semester satu makin dekat. Sedar tak sedar, dah nak dekat final jugak. Aku akan balik Kedah 3Januari nanti. Ehem. Hari last exam dan hari tu jugaklah aku nak balik.


----Tu ja kot nak cerita. Nanti kalau ada cerita, aku berblog lagi. Tapinya aku rasa cukup dah kot untuk sekarang ni. Esok exam untuk subjek Study Circle 1 a.k.a Halaqah 1. Doakan kejayaan aku tau! :) ----

p/s: 
*Sedikit pencerahan bagi yang gelap masa depan sebab bertanya benda benda mengarut macam tu kat adik aku.*

---------->Halnya, malam 16 November, Abah nak ke Kajang sebab kena mengajar. Jam dah pukul 1. Abahwan masih di wad, dah sedar tapi tiada reaksi. Ibu rasa tak sedap hati dan Ibu suruh Abah naik kereta. Kalau ada apa apa jadi, senang nak balik katanya. *Ibu fikir, kalau ada apa apa jadi, senang nak balik. Tak payah naik bas, 6jam perjalanan dan senang nak ambik aku and Afzan*. Tapinya, pukul 1 dan Abah sorang sorang bawak kereta memang la bahaya. Jadi, Ibu, dengan kebenaran Maktok, Umi (kakak Ibu) dan Paksu (adik lelaki tunggal Ibu), ikut Abah ke Kajang dengan adik adik semua. 

---------->17 November, Ibu dan Abah terus melawat aku dan ajak aku ke Kajang. Tapi aku tolak sebab ada hal yang perlu diselesaikan.

---------->18 November, waktu rehat untuk kelas Dr. Spahic. Almaklumlah IIUM ni hujung minggu pun ada kelas. *baling buku*. Abah telefon. Berkali kali. Aku ingat lagi. "Abahwan dah takdak". Satu ayat tu macam tak logik. Aku tanya Abah, "Abah tipu kakak ka?". Abah kata, "Tak.". Waktu tu, aku rasa macam aku pulak nak hilang nyawa sebab terkejut. Lepastu aku balik Kedah. 'Perjalanan 140km/j' aku panggil. Sebab Abah bawak kereta macam errr. Sampai Kedah dalam 4 jam 30 minit. Alhamdulillah sempat tgk arwah Abahwan. 


Proud to be KAEDians. :)



Thursday, August 30, 2012

MERDEKA 55

Salam Syawal! Salam Satu Malaysia!! bhahahaha. Sedikit patriotik di situ.

Memandangkan bulan ni bulan 8,(dah 30 Ogos dah pun), which means bulan kemerdekaan, aku decide nak ceritakan perihal aku zaman kecik2 dulu sambut merdeka. Aku bukan bercerita hot2 pasal merdeka ni sbb nak buang tebiat.Cuma nak mengimbau kembali zaman muda2 dulu..ceewaaahh..mudaa...

Dulu waktu aku kecik, mana ada mcm skrg ni.. Budak2 sekarang semua dah maju.

- Budak2 dulu bawak basikal dgn bangganya keliling kampung sbb nak tunjuk bendera yang diikat guna tali tambat lembu tapi budak2 sekarang siap tanya lagi bendera Malaysia nama apa. 

- Budak2 dulu kalau pegi sekolah time sambutan kemerdekaan tak bwk Jalur Gemilang sanggup pulak beli yg paper punya Jalur Gemilang..asalkan tak tertinggal kemeriahan sambutan kemerdekaan tapi budak2 sekarang siap guna duit mak bapak bg suruh bli bendera tu untuk beli ‘kad topup’ kat kedai.

- Budak2 dulu bila nyanyi lagu Negaraku, siap bukak mulut luas2 menyanyi penuh semangat sbb nk lwn dgn kwn siapa lg semangat tapi budak2 sekarang kalau boleh, nak skip sambutan kemerdekaan tu.

- Budak2 dulu pg2 kena baca rukun negara bg ada semangat. Budak2 skrg, rukun negara pun gagap..

- Budak2 dulu ada kawan nama Lingam, Ah Chong, Ali atau mungkin Sokit.. Ada kawan bukak kedai makan, jual surat khabar, bukak kedai runcit, tanam jagung, tanam getah atau anak pegawai daerah.. Tapi budak2 skrg.. Byk yg pilih kawan.. Tu Ali anak kpd Ahmad kampung sebelah.. taknak la kawan.. Dia budak kampung.. Tu Ah Chong, anak uncle Seng yg tanam jagung.. Tak nak la kawan sbb dia tak ada iPad.. Tu anak uncle Ravi.. Lingam nama dia.. taknak la kawan dgn dia.. Dia tak ada kereta.. 

~~ehh.. boleh pulak mcm tu,kan? Mana pergi kasih kita kepada perpaduan?

 Mana lagi kita nak cari pengalaman masa lalu? Mana lagi kita nak cari semangat macam dulu? Mana lagi kita nak rasa meremang bulu roma menyanyikan lagu Negaraku? Mana lagi kita nak beramai2 konvoi merdeka naik basikal dari satu taman/kampung ke taman/kampung yg lain? Mana lagi kita nak merasa bangga melihat pokok perpaduan yg kita tanam atas bumi kita, Malaysia, membuahkan hasil? Mana lagi boleh dicari seseorang macam diri kita, rakyat Malaysia?

Berbanggalah. Kita adalah rakyat negara Malaysia yang berbilang bangsa. Mungkin esok, mungkin lusa, kita akan berubah. Namun bukan semangat kita. Biar semangat tu kekal di hati. Walau mati di kemudian hari, rasa bangga itu kekal tempatnya di hati ini.

Aku sendiri tak sangka. Budak yang dulu nakal, suka gigit orang, suka panjat tangki air macam aku ni dah membesar. Dah menghampiri 20-an. Tak lama lagi bakal menyambung pelajaran di IIUM Gombak, InsyaAllah.
 BACHELOR OF SCIENCE (ARCHITECTURAL STUDIES) (HONOURS) 

Semuanya syukur pada Allah, mentakdirkan aku lahir di bumi bertuah Malaysia. Aman dan harmoni. Berbilang kaum sama2 menaikkan nama negara. Mengurniakan aku keluarga dan teman2 yang baik. Menghadiahkan aku kesihatan dan kesejahteraan. Merahmati aku dengan nikmat2 kehidupan. Yang aku harap sebagai tambahan, adalah kemaafan dari kesalahan lalu dari semua yang aku kenal. Juga aku mohon doakan kejayaan bersama. Salam bulan kemerdekaan, Salam Syawal..

# p/s : harap memadai  :)


Tuesday, August 14, 2012

Ramadhan dan Syawal a.k.a Aidilfitri


Salam Ramadhan, Salam kiri kanan! Wee!!!<-----Bahagianya aku.

Aku pun tak tahu sebab apa sejak akhir-akhir ni aku bahagia terlebih. MAYBE sebab aku makin busy untuk berasa sedih kot. Ya, that’s true. Aku busy. Tak sempat nak merasa sedih.

“Dengan jadual yang padat, saya sentiasa cergas kerana saya mengamalkan makan murtabak setiap kali berbuka puasa” <---- CF. Mohon royalti.

Busy. Ya, sangat busy. Busy makan sahur, tidur balik, bangun hantar adik ke sekolah, belajar memandu, balik rumah, amik adik ke sekolah, tidur dan sekali lagi, amik lagi sorang adik dari sekolah. Ramadhan atau tak, itulah rutin aku setiap hari sepanjang cuti ni. Melainkan bila abah kena kerja luar dari Kedah. Masa tu, aku pun terhegeh-hegeh la kemas baju sebab ibu ajak ikut abah. Masuk ni dah beberapa kali adik aku yang form 4 tu kena tinggal. Kesian kan? Nasiblah. Siapa suruh jadi Timbalan Ketua Pengawas sekolah, kan?

--Arghh!! Apa aku nak taip nih??! *tarik2 rambut sampai jadi ala-ala Albert Einstein.*--

Haa.. Pasal Ramadhan. Ramadhan kali ni aku rasa sedikit kurang meriah. Tak pasti la kenapa. Mungkin Ramadhan ni aku rasa kosong kot. *Nyanyi lagu kosong by Najwa Latif*. Hahaha. Aku kosong la sebab aku tak kena buat AED punya hal. KOSONG giloss jadual aku.. Tu pun kalau jadual tu ada kod subjek macam subjek-subjek AED la.

Dalam kemeriahan beberapa hari lagi nak sambut raya ni, aku pun semakin ligat membalut ketupat. *balut ketupat sambil menaip*. Ha’ah memang pun boleh membalut sambil menaip. Malangnya aku tak berpeluang rasa kacau dodol lagi tahun ni. Tak sempat jugak nak cium bau lemang yang belum dimasak. Tak sempat jugak nak kira kad raya untuk dihantar mahupun yang sampai kat aku sebab sememangnya tak ada kad raya. *gigit jari cari idea*

Kata ibu, baju raya tahun ni beli saja. Hantar kat Minah tailor memang tak sempat dah. Kuih raya pun aku main tunjuk saja kat kedai. Manalah aku pandai nak menguli tepung nak buat kuih. Lampu pelita semua tak menyala lagi walaupun keliling kampung ni dah terang benderang dan kalau lampu jalan kiri kanan ni tak ada sekalipun, nescaya tidak akan masuk longkang semua penunggang motorsikal yang menunggang di waktu malam. (pandai pulak aku ber’nescaya’ bagai.)

Tahun ni aku bercadang nak beraya di kampong aku. *pack baju*. Ehh tunggu! Bukan aku dah memang bermastautin kat kampung aku ke? *unpack balik*

Hmm.. Apa lagi? Haaa.. Dah habis! *bald*. Beberapa hari lagi menuju raya Aidilfitri, aku sebagai seorang anak, saudara, sahabat, kakak, adik dan juga seorang pengguna kasut raya 560 bhat ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT AIDILFITRI.

Khas untuk semua :)

Aidilfitri yang mendatang moga kita letakkan azam untuk terus mengamalkan kebaikan yang kita lakukan sepanjang Ramadhan ini. Moga Ramadhan kali ini telah banyak mengajar kita tentang erti sebuah kehidupan dan sebuah penghargaan. Allah sentiasa bersama kita. 

Thursday, June 21, 2012

Aku, Demam, Cuti dan Kucing

hai hai hoooiii! (ok macam kurang ajar ja aku ni.)

Huh! whatever~~dah nak cukup 5 hari aku demam. Penangan keterujaan aku sebab dapat peluang bagi ucapan penangguhan masa satu mesyuarat  kampung aku. Kampung, okeh!  Again, bukan aku nak sangat join mesyuarat tu tapi disebabkan jemputan yang aku terima, so, aku join la. Kan mudah kalau apa yang kita tak suka, kita suarakan guna cara elok. Tak payah nak angkat sepanduk bagai tapi mesyuarat apa2 pun tak join. Ini tak, bercakap dalam selimut, menyalak ke bukit!  

Back to the fever thing~ Aku pun bermalas2an la sepanjang ke'demam'an aku. Fact! Aku memang malas. kecikkan sikit. 

DEMAM and aku juga masih degil. Tangan gatal nak memegang stereng kereta! kau memang~ 

TOPIC PLEASE! ohh aku tak tau nak taip apa. Ni first time aku tulis blog selepas aku habis asasi di UIAM,PJ.  Pecah otak mak,nak!  

Hm. ada satu story ttg kucing tokwan aku yang minat makan durian. =.=' Weird, isn't it? tapi ni reality. haha. Satu hari tu, jatuh sebijik durian besar punya. Maka, tokwan aku panggil la aku and call umi a.k.a maklong aku kata durian ni besar boleh makan ramai. Time aku pegi amik tu, dia ambik dua ulas bg dkt kucing dia and dgn lahapnya, kucing tu makan la. Then, maktok aku was like, " banyaknya!" and then tokwan aku dgn serta merta sedaya upayanya (lebih2 pulak pompuan ni) kata, " kenapa you ni bakhil sangat?". Makanya, aku pun gelak and start motor balik rumah. itu saja, sekian! kahkahkah

Moral of the story is, jangan kacau orang tua2 punya hal!

hadiah. nah amek!