Bear In Your Mind

He knows the best for us.
Always have faith in Allah.

Tuesday, August 14, 2012

Ramadhan dan Syawal a.k.a Aidilfitri


Salam Ramadhan, Salam kiri kanan! Wee!!!<-----Bahagianya aku.

Aku pun tak tahu sebab apa sejak akhir-akhir ni aku bahagia terlebih. MAYBE sebab aku makin busy untuk berasa sedih kot. Ya, that’s true. Aku busy. Tak sempat nak merasa sedih.

“Dengan jadual yang padat, saya sentiasa cergas kerana saya mengamalkan makan murtabak setiap kali berbuka puasa” <---- CF. Mohon royalti.

Busy. Ya, sangat busy. Busy makan sahur, tidur balik, bangun hantar adik ke sekolah, belajar memandu, balik rumah, amik adik ke sekolah, tidur dan sekali lagi, amik lagi sorang adik dari sekolah. Ramadhan atau tak, itulah rutin aku setiap hari sepanjang cuti ni. Melainkan bila abah kena kerja luar dari Kedah. Masa tu, aku pun terhegeh-hegeh la kemas baju sebab ibu ajak ikut abah. Masuk ni dah beberapa kali adik aku yang form 4 tu kena tinggal. Kesian kan? Nasiblah. Siapa suruh jadi Timbalan Ketua Pengawas sekolah, kan?

--Arghh!! Apa aku nak taip nih??! *tarik2 rambut sampai jadi ala-ala Albert Einstein.*--

Haa.. Pasal Ramadhan. Ramadhan kali ni aku rasa sedikit kurang meriah. Tak pasti la kenapa. Mungkin Ramadhan ni aku rasa kosong kot. *Nyanyi lagu kosong by Najwa Latif*. Hahaha. Aku kosong la sebab aku tak kena buat AED punya hal. KOSONG giloss jadual aku.. Tu pun kalau jadual tu ada kod subjek macam subjek-subjek AED la.

Dalam kemeriahan beberapa hari lagi nak sambut raya ni, aku pun semakin ligat membalut ketupat. *balut ketupat sambil menaip*. Ha’ah memang pun boleh membalut sambil menaip. Malangnya aku tak berpeluang rasa kacau dodol lagi tahun ni. Tak sempat jugak nak cium bau lemang yang belum dimasak. Tak sempat jugak nak kira kad raya untuk dihantar mahupun yang sampai kat aku sebab sememangnya tak ada kad raya. *gigit jari cari idea*

Kata ibu, baju raya tahun ni beli saja. Hantar kat Minah tailor memang tak sempat dah. Kuih raya pun aku main tunjuk saja kat kedai. Manalah aku pandai nak menguli tepung nak buat kuih. Lampu pelita semua tak menyala lagi walaupun keliling kampung ni dah terang benderang dan kalau lampu jalan kiri kanan ni tak ada sekalipun, nescaya tidak akan masuk longkang semua penunggang motorsikal yang menunggang di waktu malam. (pandai pulak aku ber’nescaya’ bagai.)

Tahun ni aku bercadang nak beraya di kampong aku. *pack baju*. Ehh tunggu! Bukan aku dah memang bermastautin kat kampung aku ke? *unpack balik*

Hmm.. Apa lagi? Haaa.. Dah habis! *bald*. Beberapa hari lagi menuju raya Aidilfitri, aku sebagai seorang anak, saudara, sahabat, kakak, adik dan juga seorang pengguna kasut raya 560 bhat ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT AIDILFITRI.

Khas untuk semua :)

Aidilfitri yang mendatang moga kita letakkan azam untuk terus mengamalkan kebaikan yang kita lakukan sepanjang Ramadhan ini. Moga Ramadhan kali ini telah banyak mengajar kita tentang erti sebuah kehidupan dan sebuah penghargaan. Allah sentiasa bersama kita. 

1 comment:

Mak anak enam said...

ooohh ada blog rupanya baru mak ngah tauu