Bear In Your Mind

He knows the best for us.
Always have faith in Allah.

Monday, June 30, 2014

Jalan jalan cuti semester #2 -Pulau Tinggi (Part 3)

Assalamualaikum

Hehe. Sorry for the late continuation for previous post. Been busy lately sebab join Penilaian Baden Powell Award. Banyak sangat benda nak kena prepare and Alhamdulillah, everything’s settled now

So, back to the main topic. Nak bercerita pasal Pulau Tinggi 3.0- third day and last day

----------***----------

Third day (13/6/2014)
Bangun pagi, siap siap cantik cantik pegi sarapan tapi lepas tu lepak tepi pantai. -_______-

Jangan terpedaya. Ini lighting effectsemata mata
*bajet tourist sebentar*
Harini mana ada apa nak buat dah. So, basically kami semua (aku, ibu, adik adik dan yang lain lain) lepak lepak main pantai. Lepas main pantai, terjun kolam pulak. Berendam seharian. Hm. Bau kerbau. Hm

Sebenarnya, lepak lepak tepi pantai, dekat jeti, dewan makan or mana mana pun, kami still dibekalkan dengan borang bancian untuk diedarkan kepada pelancong dan penduduk pulau ni. Walaupun nampak melepak sajo, tapi sebenarnya penat jugak. Tambah tambah kalau nak kena baca dan explain satu satu apa yang ditanya dalam borang tu

Pada pemerhatian aku, kebanyakan penduduk kampong di sini lemah kemahiran membaca. Dan kebanyakan makcik pakcik ni, bila diedarkan borang, cuba membaca tapi lepas gagal memahami apa yang cuba dibaca, depa mengelak menjawab borang tu. Jadi, secara kasar, setelah aku bersembang kejip kejip mata dengan makcik pakcik kat pulau ni, maka, aku pun buat rumusan yang kebanyakan mereka ni, belajar semata mata untuk survive dalam their local society dan bukan untuk go global

Makcik pakcik kat sini pandai mencongak. Seriously. Kalau rasa ragu ragu boleh la tempah bot pi Pulau Tinggi lawan congak dengan makcik pakcik ni :]

*makcik, pakcik, hail you masters*

Lepas makan tengah hari, aku dan bebudak kecik lain lepak tepi pantai lagi. Lepak saja tak jadi. Last last semua terjun mandi laut. Berendam berjam jam jugak la. Sampai tension kena lambung dengan ombak ni -_-
Then, agak dah geram sangat kat laut tu, terjun kolam pulak. Mandi kolam sampai petang. Lebih kurang nak masuk maghrib baru la semua terhegeh hegeh balik bilik. Semua sama. Besaq kecik semua sama T.T

*takkan mandi kolam pun nak letak gambar, kan?* >.<

Malamnya, sekali lagi Mak Su tak mengecewakan kami dengan masakan dia. Kaw kaw punya ikan baru tangkap dia masak. Isi putih betul. Erm. Tapi masalahnya aku tak tau tu ikan apa. Erm. Maaflah :3

Pemandangan petang yang tak pernah mengecewakan

Last day (14/6/2014)
Wake up in the morning just to get ready for a long journey. Ahaks. Tapi tak apa, harini kita balik naik bot. Teruja! --------------------padahal naik bot saja *___*

Siap siap barang dan lepas sarapan, semua dah get ready untuk balik ke Jeti Tanjung Leman sebelum memulakan perjalanan ke tempat lain pula. 

with Mak Su

10.12 pagi, kami semua bertolak dari Jeti Pulau Tinggi untuk ke Jeti Tanjung Leman dan kami sampai di Jeti Tanjung Leman sekitar jam 10.46 pagi. Ombak lambung mak aih boleh tahan ganas jugak. And Abah dah berani berdiri dalam bot. hahaha. Another achievement unlocked, Abah dah berani gulung rokok daun dia atas bot. Sebelum ni, duduk diam ja tak bergerak 
-_________-

Sampai di Jeti Tanjung Leman, Abah terjumpa bot kawan dia and lepas turun bot tu, dia terus mencari kawan dia kat jeti and they met and chat and entahapalagidepabuattaktau

Perbualan yang agak lama, and pukul 12.10 tengah hari, kami bertolak dari jeti Tanjung Leman menuju ke Gombak (sebab nak kena hantar aku ke UIAM Gombak untuk persediaan ke BP Award tu), sambil sambil tu, boleh la melawat adik aku yang baru masuk CFS IIUM Gombak untuk course Economics

Driver bas berhenti di RnR Pagoh so that everybody may have their late lunch and sambung perjalanan ke UIAM Gombak. Kami sampai di UIAM Gombak around 8.15 malam dan sempat la Ibu and Abah jumpa adik aku tu. Rasa legend gila naik bas UUM masuk sampai dalam UIAM sebab hantar aku. Ahaks

Bas UUM yang baik hati :*
Selepas hantar aku dan jumpa adik aku, they went back to Kedah. *leaving me behind for my preparation for BP Award. Sobs*

----------***----------

Alhamdulillah, everything went well for my preparation and evaluation. Semuanya dah selesai sekarang and time to focus back on my studies. Really hope that everything will be fine, InsyaAllah. May Allah ease

*p/s: Sorry sangat tak banyak gambar. Terlupa nak tangkap gambar banyak banyak L

No comments: