Bear In Your Mind

He knows the best for us.
Always have faith in Allah.

Wednesday, March 26, 2014

Bukit Kutu

Assalamualaikum.

First of all, I would like to extend my condolences to the families, friends and next of kin to the passengers of flight MH370. For them, may Allah bless their soul.


--------------------***--------------------

Alhamdulillah, today is the second day of me, being at home. Aww. Rindunya rumah. Rindu semuanya. Cuti sepatutnya bermula hari Jumaat lepas tapi terpaksa balik lambat sebab ada hal lain. So, Ahad malam baru dapat naik bas balik dan Isnin baru jejak kaki di rumah. But this post was not meant to story mory about my mid sem holiday.

Sebelum balik, time tengah lepak lepak dengan Kak Bibah, she suddenly said to me, "Aidurrah, kalau aku nak request something boleh tak?"

Aku pun okay kan saja sebab ingatkan dia nak hadiah apa la since that day, Ahad (23/3) was her birthday. So, I was expecting she wanted to ask me for presents macam kasut, buku, belanja makan etc.

Rupanya, she wanted to ask me to write this one post. On our trip to Bukit Kutu. So, this post, is written for her, as her birthday present. Hehehe

Memory :)

Bukit Kutu ni, secara geografinya terletak di kawasan Hulu Selangor, di pertengahan jalan menuju ke Fraser Hill. Bukit Kutu atau dahulunya dikenali sebagai Trecher's Hill terletak di Kuala Kubu Baru, berhampiran kawasan perkampungan orang asli, Kampung Pertak. Perjalanan ke Bukit Kutu dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak, mengambil masa lebih kurang satu jam perjalanan melalui Bulatan Batu Caves- Jalan Ipoh- Ulu Yam Bharu- Empangan Hulu Selangor- Kampung Pertak. 

--------------------***--------------------

Sebenarnya, Bukit Kutu ni ada dalam wishlist kami berdua (aku dan Kak Bibah) ------> we've made a wishlist tempat tempat yang kami nak pergi sebelum habis sem ni. Paling busuk pun, sebelum habis tahun ni. Paling bengkak pun, sebelum one of us kawin............ krik krik

Since both of us was too eager nak naik Bukit Kutu ni, both of us seakan akan lupa yang hari sebelumnya we have this one first aid workshop anjuran saudara mara KLKM IIUM Kuantan, which most probably, will cause us bangun lambat or maybe kepenatan melampau kalau nak naik Bukit Kutu. Note that the workshop is on 8 March 2014 and we went for this hiking trip on 9 March 2014.

That morning, (9 March 2014), we arrived at IIUM Gombak from Kuantan at about 2.15 a.m. Dan dalam keadaan mengantuk, aku dan dua tiga rakan rakan seperjuangan first aid (bajet ala ala kamikaze gituh), naik Rara dan balik ke mahallah masing masing. Sampai di mahallah, dengan tekad taknak tidurnya, aku pun start kemas barang KUNUNnya dengan harapan takkan tertidur...KUNUN. k. KUNUN --'

Dan tiba tiba, entah cemana, aku tersedar pukul 7.15 pagi. Haks haks haks. Nampak sangat la rebah di medan perang. First thing aku buat is, on phone dan call kak Bibah. "Kak Bibah, sorry. Baru bangun". And kak Bibah dengan konfidennya, "takpe. Tidurla balik" .________________. 

*orangmengantukdisorongkanbantal* *pucukdicitaulammendatang*

Mujurlah aku masih waras. Hahahaha. So, aku on la wifi dan whatsapp masuk macam air. Dapat satu whatsapp. Sentap kejap. HAHAHAHA.

 "Aku dah on the way ni. Siap cepat".

 K. Sentap. Sebab tadi kak Bibah kata takpe, tidur la. Tapi pehal whatsapp dari Big Bro Fatah ni kata dia dah on the way?????!! :O

Okay. Dan terpaksa la bersiap siap barang segala bagai dalam keadaan kaki kejang gillosbabuns sebab bangun mengejuts. --'

Selepas selesai ambil aku and kak Bibah, sekitar jam 8.15 pagi, baru la kami menuju ke Bukit Kutu. Dalam perjalanan baru la aku dapat tau sebenarnya si kak Bibah ni mamai. Nasib la aku buka wifi. Kalau tak, konpem kami berdua kena maki padat padat. :3

9.15 pagi, kami bertiga sampai di kawasan orang parking kereta sebelum start perjalanan. 9.20, kami memulakan perjalanan naik ke Bukit Kutu. Kawasan bawah bukit ni ada sungai. So, dalam hati aku sebenarnya nak mandi la sungai tapiiiiiii baju lebih tak bawak. Seluar saja ada. (kill me). Ada dua jambatan besi sebelum berjumpa simpang dua. Simpang ni, ambil kanan. Dan seterusnya, ada beberapa simpang dua, ikut saja tanda yang ada. -----> contohnya, tali caution atau 'kertas kura kura'

Ditengah tengah perjalanan tiba tiba ada sungai. Masa tu, baru la masing masing nak pijak batu elak air bagai sedangkan last last semua kasut basah. And yeah, kasut basah tu la hiking sampai ke atas -..-

Naik naik dan naik lagi, tak ada benda lain nak dicerita melainkan perasaan best sebab dengar bunyi nature and bau hutan yang memang superb. Dan sepanjang perjalanan naik, ada la beberapa tempat yang ada kesan terbakar. Bila tanya senior-senior dua orang ni, baru la aku tau yang terbakar terbakar semua ni adalah disebabkan keadaan 'cahaya matahari yang bertumpu pada satu tempat kering dan kawasan tu akan terbakar'.

Macam eksperimen penumpuan cahaya matahari ke atas kertas menggunakan kanta. So, kertas akan terbakar bila cahaya matahari berjaya ditumpukan padanya. Sama juga dalam kes ni, bezanya, keadaan ni melibatkan titis air dan tanah yang kering. Subhanallah. MasyaAllah.

Dan untuk hiking Bukit Kutu ni sebenarnya, aku kononnya nak la try cara Encik Rohaizi (kawan baru yang aku kenal di kursus manikayu) bagitahu.

 *Fokus satu pokok, bergerak menuju ke pokok tu. Jangan aim terlalu jauh. Nanti cepat penat. Biar realistik* 
And it works!!!!

Meninggalkan kak Bibah yang dibuli dan Big Bro Fatah yang continuously membuli kak Bibah, aku terus bergerak guna cara tu. Takut sebenarnya hiking sorang, walaupun ada dua orang lagi tu. Beberapa kali ditegur hikers lain "sorang aje dik?" dan ada jugak beberapa kali aku stop sebab tak berani nak jauh jauh lagi, sampai la aku dengar suara diorg bergaduh, baru aku jalan. Awww shoo shuwit kakak and abang senior aku nihhh :P

Muka penat kena bebel :P


Selepas mendaki lebih kurang dua jam dengan bebelan Big Bro Fatah kepada kak Bibah, kami bertiga sampai ke kawasan 'batu besar'. Kawasan ni katanya dah nak dekat dengan puncak. Lebih kurang satu jam la. Lepas rehat setengah jam, kami bertiga start balik perjalanan naik ke puncak Bukit Kutu.

12.50 tengah hari, kami bertiga sampai ke kawasan lapang, tempat terletaknya monumen tinggalan British semasa zaman kolonial dulu. Ada cerobong asap dan perigi kat kawasan lapang ni. Sempat la bergambar bila tau tempat ni ada tinggalan sejarah. Dan berdasarkan sedikit pengetahuan tentang architecture, dengan batu asas rumah dan pembentukan ruang ruang di kawasan tu, nampaknya, macam it is a building, more likely a resthouse typology, one storey, with maybe two or three rooms.

perigi, chimney and welcoming staircases

depan chimney tinggalan British

Selepas bergambar, aku, kak Bibah dan Big Bro Fatah naik ke atas, puncak Bukit Kutu. Those two were lucky, dapat makan macaroni tuna sebab hikers lain offer. Gemuks.

Bukit Kutu 3456 kaki dari aras laut. Checked


Di atas ni, ada dua tiga ketul batu besau. Kena naik guna tangga macam bomba punya tangga tu. Ladder. Punya la gayat. Naik atas sampai tak rasa nak turun. Takut dan gayat punya pasal. Dari satu batu ke satu batu yang lain boleh buat sakit jantung. Scary nak pengsan! Atas tu, we met some random guys tengah selfie guna monopod. .___.

Big Bro Fatah selfie sorang sorang

Kak Bibah tengah melayan perasaan

muka ketat tengah layan gayat -_-

Selfie addiction

It took me almost half an hour sebelum aku naik ke atas batu paling tinggi kat atas tu. Gayat punya pasal. But at last, I made it! Muahahahaha

view dari atas Bukit Kutu. Empangan Hulu Selangor

Selfie sendiri. Dah tak ada orang nak tolong ambikkan gambar :(


Dan lepas aku turun dari batu tu, kami bertiga makan megi Big Bro bawak. Aku dan kak Bibah masing masing dah sarung skaf pengakap. Bajet semangat. HAHAHA. Dan sampai ke bawah kami pakai skaf ni. Selepas kami bertiga sembang sembang sikit and then we decided that we should eat kambing bako kat bawah saja memandangkan ramai sangat yang ada kat atas tu, kami pun bersiap nak turun. But before that, kami bertiga bergerak ke kawasan belakang sikit dari puncak tu sebab kat belakang tu ada wall structure, tinggalan British jugak. Building typology, rumah. Gambo sekali dua, pastu turun balik menuju ke kereta. Time tu dah lebih kurang pukul 2.15 petang.

kak long kawasan

Dan perjalanan turun memang smooth. Sampai ke bawah, ada sekumpulan riders motor scrambler lalu and kak Bibah naik dengan sorang brader ni tinggal aku jadi paling belakang. Cis. Nasib baik dah kat bawah :3

And we arrived safely kat sungai bawah tu at around 4.20 petang. Lepas set up semua, mula la sesi membako kambing. Muehehehehe. Makan punya pasal. Makan dan lepak lepak sampai la pukul 5 lebih lebih, kami bertiga pun bersiap nak balik. Dan sepanjang jalan sebenarnya kepala aku rasa macam nak pecah. Pening gilllosssss. Dah tau diri tu tak patut makan kambing tapi stubborn jugak nak makan. Sebab daging kambing SEDAP. Tambah tambah pulak bakar. Tambah pulak memang feberet  T.T

Kambing Kambing Kambing


Sepanjang jalan aku pejam mata. At first, ingatkan because I need sweet things tp lepas makan wafer coklat and sumbat beberapa jajan manis, still tak jalan. I'm pretty sure this is because of kambing. Sobs. Lepas ni kena lebih berhati hati. Sepanjang jalan nak balik jugak, aku mampu gelak and cakap sikit sikit saja sebab memang nak pecah kepala. Sadis.

Aku dan kak Bibah sampai di IIUM Gombak lebih kurang pukul 7petang. Dan aku "pengsan" dari pukul 8 sampai la 4 pagi. Lepas tu sambung balik tidur sampai pagi keesokkannya. Dan pagi esok tu pun kepala tingtong. Kerja pun separuh hari saja sebab lepas pegi klinik dan telan ubat, maka "pengsan" la lagi separuh hari sebab mabuk kambing. HAHAHAHA

This is indeed, one of the greatest memory I have. Thanks to Kak Bibah and Big Bro Fatah because they brought me there. Thanks sebab banyak melayan karenah aku yang sentiasa merapu ni. Thanks for both of you, sangat sangat sebab bawak naik Bukit Kutu. May Allah bless both of you :)

Feeling accomplished

1 comment:

Anonymous said...

Aku bg gambar kau masukkan.. (habibah)