Pheww. Lama la jugak aku ambil masa nak tulis satu satu blogpost. Biasa la. Architecture student. Hm. Baiklah. <----- Baiklah?? kfine. Belajar BM sekarang :)
Sekarang ni tengah sibuk dengan projek kedua untuk semester kedua ni. Bila dah masuk semester kedua ni, banyak sikit dugaan dia. Tapinya, hidup tanpa cabaran ibarat musim tak berganti. Dull. Projek untuk subjek design kali ni kena buat emotion-shelter. Atau dalam Bahasa Melayu, 'perlindungan beremosi' gituhhhh~
Nak letak gambar pun tak mampu sebab tak siap lagi. Hm. Nak bagi teaser pun tak mampu jugak. Sadis gilos. Kdie. (._.)
Untuk mengubati kerinduan aku untuk berblogging, Maka, aku pun menulis post ini. (BM tahap level hipsterpetalakelapan). Beberapa kejadian yang kurang enak berlaku sepanjang beberapa hari masuk sem ni. (Dah nak sebulan dah la Aidurrah~ bukan beberapa hari dah). Contohnya, terflatkan tayar kereta, terkantoi bawak kereta dengan pakgad garang, terjoin archais, terpinjam buku library banyak banyak, terberubah banyak, terjadi malas, terputus asa, terbaling kasut, terjadi the hulk dan banyak lagi. <--- salah silap mohon diampunkan.
Perlukan banyak motivasi semester ni. Perlukan sokongan dan dorongan semua. Perlukan perhatian dan kerjasama semua. Sebab semester ni banyak groupwork. Tu yang perlukan semua benda tu. Almaklumlah, aku bukan seorang pemimpin. Sekadar pengikut apa je kata orang. Ehem. *merendah diri tahap cium tanah*
"... boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang Mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."
Surah Al-Baqarah: 216
Ehem. Sori bajet ustazah sikit. Bhahahaha. Back to normal mode, setakat ni je kot dulu. Nanti bebila aku post lagi. Ni pun dah ambil wudhu' sejam yang lepas. Isyak tak solat lagi.
O Allah, forgive this sin of your slave!
*p/s: Roommate aku sedang bersembang pasal teletubbies dengan siapa ntah dalam fon tu. Mohon dia sedar la yang dia tu dah 20 tahun. Tak patut sangat cakap pasal teletubbies. =='